Saturday, August 20, 2011

Lagu nie,untuk seseorang yang telah menyakiti perasaan ini. Sampai sekarang,peristiwa yang berlaku 2 tahun yang lepas,masih tetap menjadi sejarah dalam hidup ku. Masih ku terbayang2 wajah mu di minda ku. Sampai hati mu,membuat ku menderita selama 2 tahun. Engkau hanya sekadar membuat ku mempercayai kata2 manis dari mulut..tetapi janji mu,tidak engkau laksanakan. Di dalam diam,engkau menduakan cinta ku. Apakah erti semua ini? Hati ini benar2 terguris apabila berita itu sampai kepada ku. Mengapa engkau pentingkan diri sendiri? Tidakkah kau menyedari perbuatan mu,telah menghancurkan hati ini? Diri ku telah menjadi mangsa dalam pencintaan. Engkau melibatkan diri ku,atas dasar cinta. Tapi mengapa? Diri ini,setia and ikhlas menyintai diri mu. Tetapi,inikah balasan yang aku terima? Kau katakan kau menyayangi ku,tetapi...engkau pergi dengan si dia. Kau katakan,aku adalah segala-galanya dalam hidup mu,tetapi itu semua hanya cerita rekaan. Aku benci diri mu! Benci! Pernah tidak engkau merasakan apa yang aku rasakan?! Engkau membuatkan aku sebagai bahan permainan mu. Aku adalah tempat engkau campakkan segala masalah mu..selepas itu,engkau pergi dengan si dia. Aku sedar,diri ini tidak setaraf dengan mu. Walaupun diri ku ikhlas,jujur,dan setia dalam pencintaan. Sedangkan aku tidak pernah menduakan cinta mu..Aku rela melepaskan mu..aku redha dengan apa yang telah terjadi. Meskipun,diri ini telah dipermainkan oleh diri mu. Aku doakan,agar kau bahagia dengan si dia. Dan biarkan aku pergi membawa diri ini...yang telah lama hancur. Pergi lah dikau dari kehidupan ku untuk selama-lamanya..aku tidak ingin kau kembali kepada ku..

No comments:

Post a Comment